Penerangan
Tajuk : Ops Kumbahan Negeri Perlis Bil.3/2020
Tarikh : 29 November 2020
Tempat : Perlis
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas Loji Kumbahan di sekitar Jejawi, Santan dan Chuping melibatkan sebanyak sepuluh (10) buah loji bersama Indah Water Konsortium (IWK).
Tujuan penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan setiap premis-premis yang diperiksa mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.