Penerangan
Tajuk : Operasi Bersepadu (Ops Gerak) JAS Perlis Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Trafik Arau Bil.9/2020
Tarikh : 21 November 2020
Tempat : Perlis
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Gerak bersama-sama dengan PDRM Trafik Arau di Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis bermula pada jam 8.30 pagi.
Operasi ini telah melibatkan 13 anggota dari JAS Perlis 8 anggota dari JAS Kedah dan 8 anggota dari PDRM Trafik Arau. JAS Perlis telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel.
Sebanyak 85 kenderaan diesel dan 48 kenderaan petrol pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan dan 56 buah kenderaan diuji. Daripada jumlah yang diuji, lima (5) tawaran kompaun telah dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.