PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu (Ops Gerak) JAS Perlis Bersama dengan PDRM IPK Perlis

DOE Perlis 09/12/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu (Ops Gerak) JAS Perlis Bersama dengan PDRM IPK Perlis
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
09/12/2020
Organisasi
DOE Perlis

Penerangan

Tajuk :OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JAS NEGERI PERLIS BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) IPK PERLIS BIL. 8 Tarikh : 7 NOVEMBER 2020 Tempat : PERLIS - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Gerak bersama-sama dengan PDRM IPK Perlis di Km 17, Jalan Alor Setar - Kangar pada bermula jam 8.30 pagi. Operasi ini telah melibatkan 10 anggota dari JAS Perlis 5 anggota dari JAS Kedah dan 6 anggota dari PDRM IPK Perlis. JAS Perlis telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel. Sebanyak 150 kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan dan 72 buah kenderaan diuji. Daripada jumlah yang diuji, sepuluh (10) tawaran kompaun telah dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan