Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan Program Penguatkuasaan / Pemantauan Aktiviti Kilang/ Prosedur Pelupusan Sisa Klinikal/ Siasatan Aduan Awam walaupun dalam tempoh PKPB/PKPD di Negeri Sabah.
Sehubungan dengan itu, JAS Negeri Sabah telah mengemukakan permohonan bekalan PPE daripada Kerajaan Negeri Sabah dan sukacitanya Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan telah menyumbangkan PPE seperti berikut kepada JAS Sabah bagi kegunaan pegawai-pegawai penguatkuasaan JAS Sabah semasa melaksanakan tugas. Sumbangan tersebut telah diterima pada butiran yang berikut:
Tarikh: 3 Disember 2020
Peralatan yang telah diterima adalah:
- 3000 helai Pelitup Muka
- 200 botol Hand Sanitizer
- 100 helai Tyvek Suit