Penerangan
30 November 2020, Pulau Jarak - Bertindak atas aduan yang diterima, Seksyen Aduan JAS Perak dengan kerjasama APMM telah bertolak ke Pulau Jarak bagi melihat keadaan dan situasi sebenar di lokasi aduan.
Penerbangan dron turut dilakukan bagi memantau persekitaran laut dan mengesan sekiranya terdapat kesan tumpahan minyak.
Pencemaran yang melibatkan laut amat dipandang serius oleh Jabatan Alam Sekitar kerana melibatkan kepentingan awam.
Kerjasama antara orang awam dan semua agensi amat diharapkan dalam menjaga alam sekitar.