Penerangan
17 November 2020, JOHOR BAHRU : Satu operasi bersepadu JAS Johor bersama PDRM telah diadakan pada hari ini di Plaza Tol Perling dengan kekuatan anggota PDRM seramai 13 orang dan JAS seramai 7 orang.
Sebanyak 6 tawaran kompaun dan 8 notis uji semula dikeluarkan dibawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Enjin Diesel) 1996 oleh JAS. Operasi ini dilaksanakan mengikut SOP penguatkuasaan undang-undang di bawah AKAS 1974.
Operasi ini akan diteruskan lagi dengan kerjasama PDRM dari semasa kesemasa.