Penerangan
Operasi Gempur - Kedua
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor telah mengadakan Operasi Gempur yang kedua menyasarkan Premis Yang Ditetapkan - Buangan Terjadual di kawasan Senai, Johor Bahru, Pontian, Gelang Patah dan Pasir Gudang lalu.
Operasi pada 17 November 2020 melibatkan 18 anggota penguatkuasa dari Pejabat JAS di Johor Bahru dan JAS Cawangan Pasir Gudang. Melalui operasi yang diadakan sebanyak 9 pemeriksaan telah dilakukan pada operasi kedua ini, di mana 22 kompaun dan 6 Notis Arahan telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.