PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR PYDT (BT) 2020 JAS NEGERI JOHOR BIL1/2020

DOE Johor 30/11/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR PYDT (BT) 2020 JAS NEGERI JOHOR BIL1/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
30/11/2020
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

19 November 2020, JOHOR BAHRU: Berdasarkan Laporan Harian Nota Konsainan yang Bersatus "Submitted" 30 hari yang dikemukakan oleh pihak JAS Ibupejabat, JAS Negeri Johor telah merangka dan mengambil beberapa tindakan susulan sebagaimana arahan untuk membuat pengawasan dan penguatkuasaan pengurusan buangan terjadual melalui laporan-laporan yang dikemukakan dan berpandukan kepada Guidance Document Pengawasan Dan Penguatkuasaan Pematuhan Pengurusan Buangan Terjadual Melalui Sistem Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS). Langkah pertama yang diambil oleh JAS Negeri Johor ialah mengenalpasti premis-premis penerima (WG)/ PYDT (BT) yang tidak membuat pengesahan penerimaan buangan yang dihantar oleh premis Pengeluar Buangan (WG). Hasil daripada maklumat tersebut, satu Operasi Gempur telah diadakan bermula 16 hingga 18 November 2020 ke Premis-premis penerima buangan PYDT(BT) di Negeri Johor. Salah satu objektif OPS Gempur kali ini adalah memeriksa pematuhan arahan penggunaan sistem eSWIS memandangkan terdapat banyak buangan yang dihantar oleh WG tidak dibuat pengesahan oleh Premis PYDT(BT) atau penerima (WR) dalam sistem eSWIS. Arahan Lapangan (FC) dan tawaran kompaun telah dikeluarkan terus kepada premis yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Notis Arahan akan dikeluarkan kepada premis bagi pematuhan syarat lesen dan peraturan berkaitan. Semakan data eSWIS pada 18 November 2020 menunjukan keberkesanan operasi dimana telah terdapat penurunan 15% Nota Konsainan yang Bersatus "Submitted" Melebihi 30 hari. JAS Negeri Johor akan mengatur langkah seterusnya dengan menjalankan pemerikasaan premis WG dari masa ke semasa bagi memastikan penggunaan eSWIS dan pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sepanjang 3 hari operasi, sebanyak 24 PYDT BT diperiksa dimana 29 kompaun dan 12 Notis Arahan dikeluarkan atas ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974 dan Syarat-Syarat Lesen.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan