Penerangan
Pasukan Rondaan Mencegah Pencemaran Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan semasa cuti hujung minggu di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman Supply Base, Kijal, Kemasik, Kawasan Perindustrian Ketih, Kertih Industrial Petrochemicals Complex dan Bandar Chukai pada 21 November 2020.
Pemantauan tertumpu kepada pelepasan pencemaran asap hitam dari cerobong, pelepasan habuk dari premis di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan aktiviti 'flaring'. Turut dipantau alur air di sekitar Kawasan Perindustrian Kertih.