Penerangan
Pasukan Rondaan Mencegah Pencemaran JAS Negeri Terengganu telah menjalankan pemantauan semasa cuti hujung minggu ke atas punca-punca yang berpotensi mencemarkan udara dan sungai pada 21 November 2020.
Lokasi rondaan ialah di Chendering, Batangan, Bukit Jetit, Pengkalan Berangan, Ajil, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Bukit Kapah, Tapu dan Pulau Musang.
Antara premis yang di pantau ialah premis kilang kelapa sawit dan kawasan perindustrian.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu akan terus menjalankan pemantauan dan rondaan di hujung minggu untuk memastikan tiada insiden pencemaran berlaku di negeri ini semasa hari cuti.