Penerangan
Pasukan rondaan mencegah pencemaran Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan di Paman, Binjai, Mak Lagam, Mak Chili, Geliga, Cheneh, Cherul, Jabor dan Bandar Chukai pada 20 November 2020.
Pemantauan telah dijalankan ke atas pelepasan asap hitam dari cerobong kilang kelapa sawit dalam daerah Kemaman. Pemeriksaan telah dilakukan ke atas sebuah premis kilang papan di kawasan Jabor dan mendapati peralatan kawalan pencemaran, iaitu rumah habuk bocor dan menyebabkan pencemaran udara ke kawasan sekitar yang berdekatan dengan premis. Field Citation telah dikeluarkan kepada pihak premis bagi kesalahan tersebut dan tindakan susulan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan diambil.