Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JAS Terengganu telah diadakan pada 26 November 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu.
Mesyuarat ini diadakan bagi memberi peluang kepada pihak pengurusan tertinggi dan pekerja untuk berjumpa bagi membincangkan isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya adalah satu cara yang penting untuk memupuk kerjasama dan perundingan di antara pihak pengurusan tertinggi dan pekerja dalam mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya di tempat kerja.