Penerangan
Tajuk : Penguatkuasaan post-EIA
Tarikh : 3 November 2020
Lokasi : Projek pembinaan lebuh raya di Ampang Selangor
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor melalukan penhguatkuasaan ke atas sebuah projek pembinaan lebuh raya bagi memeriksa kerja-kerja pemulihan di tapak (remedial works). Projek ini telah dikenakan Perintah Berhenti Kerja (PBK) oleh JAS mulai 13 Oktober 2020 sehingga kini ekoran pencemaran Sungai Ampang akibat masalah hakisan dan kelodakan pada bulan Ogos lalu. Kerja-kerja pemulihan (remedial works) berjalan lancar dan dapat diperhatikan kemajuan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan oleh pemaju projek.