Penerangan
Tajuk :Operasi bersepadu premis haram Telok Gong
Tarikh :12 November 2020
Lokasi : Telok Gong
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor menerusi satu operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 11 November 2020 telah menggempur sebuah kilang di Telok Gong, Pelabuhan Klang yang menjalankan proses penghancuran dan cucian plastik terpakai di mana air buangan telah dilepaskan ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran.
Siasatan mendapati premis menjalankan aktiviti tanpa lesen yang sah daripada MPK.
JAS Negeri Selangor telah mengambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Kertas Siasatan telah dibuka berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 34A(2) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta yang sama.