Penerangan
23 September 2020, IPOH - JAS Perak telah dipilih untuk menyertai Bengkel Pengukuhan Integriti Pegawai Awam, Pengesanan dan Pengesahan (Detection) Kesalahan Rasuah dan Salahguna Kuasa di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Perak, Ipoh yang bermula pada 21 hingga 23 September 2020. Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Integriti, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya itu telah dihadiri seramai 40 orang pegawai JAS Perak.
Penceramah jemputan adalah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya.
Program bengkel ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam menangani isu-isu integriti berkaitan tatakelakuan pegawai awam, kesalahan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan pegawai-pegawai JAS.