PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIDANG MEDIA MAJLIS PENUTUP OPS GEMPUR BARAT JAS PERAK

DOE Perak 24/11/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIDANG MEDIA MAJLIS PENUTUP OPS GEMPUR BARAT JAS PERAK
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
24/11/2020
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

2 Oktober 2020, Ipoh - JAS Perak telah mengadakan sidang media Ops Gempur Barat pada sebelah pagi tadi. Ops Gempur Barat ini telah dirasmikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul dengan jayanya. Seramai 10 orang wakil media hadir membuat liputan di sidang media tersebut. Ops Gempur Barat ini dijalankan di JAS Cawangan Taiping dan JAS Cawangan Teluk Intan yang telah berlangsung pada 28 September 2020 hingga 1 Oktober 2020. Dengan kekuatan pegawai penguatkuasa seramai 27 orang dan melibatkan 10 pasukan dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Cawangan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 76 premis di kawasan Taiping dan Teluk Intan. Ops Gempur Barat ini telah berjaya memungut 406 kompaun dan mengeluarkan 91 arahan, 72 arahan di lapangan, 4 kertas siasatan, 1 gantung lesen dan 3 penahanan operasi. JAS Perak mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Perak di atas pencapaian yang membanggakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan