SIASATAN ADUAN PENCEMARAN UDARA
GEBENG, 31 Oktober 2020 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah menerima aduan pencemaran udara (habuk) dari proses kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Siasatan lanjut mendapati aduan adalah berasas dan JAS Negeri Pahang Cawangan Gebeng telah mengeluarkan arahan supaya operasi premis dihentikan serta merta dan premis perlu mengambil apa-apa langkah segera bagi memastikan tiada pencemaran udara berlaku semasa premis beroperasi semula.
Pihak premis juga diarahkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 bagi memastikan tiada aduan berulang.
JAS ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan mengenai kejadian ini dan sebarang aduan pencemaran hendaklah dilaporkan terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#AlamSekitarTanggungjawabBersama