Penerangan
JANGAN SEWENANG LAKUKAN PENCEMARAN WALAUPUN CUTI UMUM
TEMERLOH, 29 OKTOBER 2020 - Bertindak atas aduan awam, sepasukan penguatkuasa JAS Cawangan Temerloh melakukan siasatan ke atas premis yang melepaskan buangan minyak hitam dengan sengaja ke longkang awam berdekatan kawasan komersial di kawasan Industri Mentakab, Temerloh.
Persampelan juga telah dilakukan bagi mengenal pasti bahan pencemaran yang dilepaskan dan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa.
Tindakan pantas JAS mengarahkan pemilik premis untuk membersihkan semua tumpahan minyak di atas tanah, menyedut minyak yg dibuang ke longkang dan menguruskan buangan terjadual mengikut kaedah yg telah ditetapkan di bawah PPKAS(BT) 2005. Premis akan dikompaun kerana melakukan kesalahan tersebut.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang