Penerangan
ORANG AWAM KEMBALI BERIADAH DI LUBUK YU
MARAN, 29 OKTOBER 2020 - Pemantauan susulan JAS Pahang ke kawasan Eco Rimba Lubuk Yu, Maran, Pahang hari ini mendapati air sungai di kawasan tersebut telah kembali jernih dan aktiviti riadah telah dapat dijalankan oleh orang awam di kawasan taman eko tersebut.
JAS juga membuat pemantauan udara menggunakan drone di kawasan sungai lain yang berdekatan seperti sungai Jerik dan Sungai Tekam. Alhamdulillah, kualiti air di kawasan kawasan ini berada di dalam keadaan baik.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang