Penerangan
29 Oktober 2020, Ipoh - JAS Perak telah menjalankan siasatan dan pemantauan aduan pencemaran bau yang dikatakan sering berlaku pada waktu malam. Ia dikatakan berpunca dari premis yang terletak di dalam kawasan perindustrian.
Oleh yang demikian, bagi memantau kualiti udara di sekitar kawasan kejiranan pengadu, JAS Perak telah menggunakan alat pengukuran gas CEREX yang diletakkan di hadapan premis yang diadu.