Penerangan
14 November 2020, Ipoh - Seksyen aduan dan kontigensi Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah digerakkan bagi mengesan kes titik panas (hotspot) yang di kesan di Kawasan Parit 2, Sungai Manik, Teluk Intan . Sewaktu tiba di lokasi, pembakaran yang dikesan adalah aktiviti yang diistiharkan iaitu pembakaran jerami padi. Pembakaran juga dilakukan secara terkawal berdasarkan kesan pembakaran dan ada petak-petak padi yang telah menguning.
Penerbangan pesawat tanpa pemandu (drone) juga telah dijalankan bagi melihat pembakaran dan kesan pembakaran disekitar kawasan tersebut.
Pemantauan seterusnya dilakukan di Tapak Pelupusan Sampah Tapah, di Bidor. Tiada pembakaran dikesan. Poster mengenai larangan pembakaran terbuka telah ditampal di pondok pengawal tapak pelupusan sampah berkenaan.
Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau boleh dikenakan tindakan kompaun maksima RM2,000.00 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 jika sabit kesalahan.