Penerangan
Pada 10 November 2020, Unit Pengawasan dan Stor Teknikal Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah membuat audit bagi 3 stesen pengawasan manual marin di kawasan Perlabuhan Pasir Gudang yang dilakukan bersama pihak PSTW.
Audit ini dilakukan bagi memastikan program pengawasan berjalan mengikut jadual dan dilaksanakan dengan kaedah yang betul. Ini penting bagi memastikan data bagi pengawasan tepat dalam kualiti air di sekitar kawasan tersebut.