Penerangan
YBrs. Puan Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar dan Puan Ani Fazliana binti Dato' Dahri @ Abdul Latif, Pengarah Bahagian Pentadbiran & Kewangan JAS Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Cawangan Muar) pada 18 Oktober 2020. Turut hadir sama adalah Dr. Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Antara agenda utama lawatan kerja ini adalah sesi penyampaian amanat oleh YBrs. Puan KPAS kepada pegawai - pegawai di JAS Cawangan Muar. Selain itu, taklimat mengenai status prestasi pematuhan semasa premis industri bagi Daerah Muar, Tangkak dan Segamat telah disampaikan oleh Ketua Cawangan JAS Muar.