Penerangan
Pada 23 Oktober 2020, Satu Mesyuarat MEXCOE telah diadakan hari ini secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3 Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar yang di hadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) YB Dato' Dr. Badrul Hisham Bin Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB R. Vidyananthan. Turut hadir sama ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Bin Yusoff.
Mesyuarat ini merupakan forum formal bagi menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dalam pengurusan isu-isu alam sekitar antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.