Penerangan
Hentikan Pembakaran Terbuka!
Selaras dengan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), satu operasi rondaan telah dilakukan pada 29 Oktober 2020 di sekitar Daerah Johor Bahru walaupun di waktu cuti umum "Maulidur Rasul".
Seramai 5 orang Pegawai JAS Negeri Johor telah melakukan rondaan. Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.