PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GERAK RENTAS SEMPADAN JAS BERSAMA PDRM SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR

DOE Johor 19/11/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GERAK RENTAS SEMPADAN JAS BERSAMA PDRM SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
19/11/2020
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Negeri Johor, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Johor dan JAS Cawangan Muar telah membuat satu operasi gerak rentas sempadan bersama PDRM IPD Muar pada 19 Oktober 2020. Operasi ini juga telah melibatkan 5 pegawai JAS dari Negeri Melaka. Dalam operasi selama dua jam ini, JAS telah mengeluarkan 11 tawaran kompaun bernilai RM22,000.00 dan 14 notis uji semula terhadap kenderaan diesel yang telah mengeluarkan asap hitam melebihi 50 hsu atau setara dengannya dan lebih 30 buah kenderaan diuji secara visual. Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang akan disambut pada 21 Oktober 2020 ini, orang ramai yang menggunakan kenderaan diesel dinasihatkan supaya melakukan servis berkala kenderaan mengikut jadual bagi mengelakkan asap yang keluar dari ekzos kenderaan tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Tema Hari Alam Sekitar Negara 2020 ialah "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama". Turut hadir dilokasi operasi adalah Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd Famey Bin Yusoff , Ketua Penolong Pengarah Kanan, En Mohd Amin Bin Ghazali dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muar, ASP Mohd Iswandi Bin Majid.