Penerangan
02 Nov 2020, Labis - JAS Johor bersama JAS Cawangan Muar telah membuat pemantauan aduan pencemaran bau yang dikatakan sering berlaku pada waktu malam. Ia disyaki berpunca dari kawasan paya yang terletak bersebelahan jalan berhampiran Pekan Labis.
Oleh yang demikian, bagi memantau kualiti udara di sekitar kawasan tersebut, JAS Johor telah menggunakan alat pengukuran gas CEREX yang diletakkan di hadapan kawasan punca bau. JAS Johor akan terus membuat pemantauan berkala secara berterusan.