PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR NEGERI KEDAH 2020 SIRI2/2020

DOE Kedah 19/11/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR NEGERI KEDAH 2020 SIRI2/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
19/11/2020
Organisasi
DOE Kedah

Penerangan

Tarikh : 21 OKTOBER 2020, SUNGAI PETANI – Lokasi : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah mengadakan Ops Gempur Siri 2 yang menyasarkan premis industri pembuatan di daerah Kuala Muda, Kedah. Antara industri yang diberikan penekanan adalah kilang plastik, berasaskan getah, percetakan, elektrik & elektronik, pengilangan logam, berasaskan kayu serta kilang makanan & minuman. Pegawai Terlibat : Diketuai oleh JAS Cawangan Sungai Petani dan melibatkan 32 anggota penguatkuasa daripada JAS Kedah termasuk JAS Cawangan Kulim dan JAS Cawangan Langkawi. Daripada 26 premis yang diperiksa, sebanyak 47 tawaran kompaun yang berjumlah sebanyak RM94,000 dan 26 Notis Arahan telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Sebanyak dua (2) premis telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan yang melibatkan 10 peralatan/mesin bagi menghentikan pencemaran serta merta di bawah Seksyen 38(1), AKAS 1974. Satu (1) kertas siasatan disediakan bagi kesalahan di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974 kerana menjalankan aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan