Penerangan
Tajuk:Mesyuarat Pelaksanaan Program Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)
Tarikh: 13 November 2020
Menerusi Aplikasi Zoom.
Agensi terlibat: Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Dewan Bandaraya KL (DBKL), wakil Bahagian Bahan Berbahaya dan wakil JAS Kuala Lumpur dan juga Pengarah Urusan CAR Medic Sdn Bhd
Perincian: Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan lesen bagi AATF dengan tujuan untuk menguruskan kenderaan terbiar di dalam negara. Sehubungan ini, dalam usaha untuk menambahbaik pengurusan kenderaan terbiar dengan lebih efektif dan efisien, satu mesyuarat telah diadakan bagi melaksanakan program di bawah AATF menerusi Aplikasi ZOOM.
Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, Puan Tunku Khalkausar sendiri dan mesyuarat ini telah dihadiri juga Pengarah JAS WP Kuala Lumpur, Encik Azlan Ahmad.