Penerangan
PULAU LABUAN, 29 OKTOBER 2020 - Walaupun Maulidur Rasul merupakan cuti umum di seluruh Malaysia, Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka tetap dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Sepasukan penguatkuasaan JAS WP Labuan telah membuat rondaan di sekitar Pulau Labuan pada pagi dan petang bagi memastikan tiada aktiviti - aktiviti yang mencemarkan alam sekitar. Rondaan dibuat di sekitar kawasan bandar, kawasan perindustrian, kawasan perkampungan dan juga pantai - pantai.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa di Pulau Labuan sehingga 13 November 2020, suasana di Pulau Labuan agak sunyi. Hasilnya, hanya satu aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan di kawasan perkampungan. Pelaku aktiviti pembakaran terbuka telah diberi amaran dan diarahkan untuk memadam api.