Penerangan
Tajuk : PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020, PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tarikh : 27 Oktober 2020
Lokasi : Kota Damansara.
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara, program pengumpulan E-Waste Isi Rumah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah berjaya mengumpul E-Waste melebihi 20MT dalam tempoh antara 24 Sept -27 Oktober 2020 dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak industri seperti Panasonic (M) Sdn Bhd, Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd dan premis yang dilesenkan untuk mengambil buangan terjadual E-Waste seperti T-Pot Electrical & Electronic Sdn Bhd.
Orang ramai diseru untuk terus melupuskan E-Waste di pusat pengumpulan atau premis yang ditetapkan sahaja.