PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MASA DEPAN HUTAN KITA BERGANTUNG KEPADA KESEIMBANGAN YANG MAMPAN

DOE Pahang 28/10/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MASA DEPAN HUTAN KITA BERGANTUNG KEPADA KESEIMBANGAN YANG MAMPAN
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
28/10/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

MASA DEPAN HUTAN KITA BERGANTUNG KEPADA KESEIMBANGAN YANG MAMPAN 27 OKTOBER 2020, TAMAN NEGERI ROMPIN – Sedikit penceritaan keunikkan Taman Negeri Rompin. “Selain menjadi tempat yang istimewa bagi para pengembara dan saintis mengkaji serta meneroka keunikan alam, ia juga menyimpan nilai semangat dan mitos orang asal yang hidup harmoni dengan lanskap sejak awal kewujudan mereka. Dari sudut keajaiban semula jadinya, Taman Negeri Rompin terkenal dengan kewujudan pelbagai spesis palma, rumpun palma gergasi boleh ditemui di sepanjang denai Taman Negeri ini. Kewujudannya membuktikan betapa tuanya hutan ini dan merupakan bukti tinggalan sejarah yang telah lama bertapak. Ini turut mengingatkan kita adalah sebahagian dari ekosistem semula jadi dan gabungan ini merupakan kunci keindahan dan kepentingan Taman Negeri Rompin. Untuk menjaga kelestarian hidup, alam semula jadi mesti dikekalkan.” Satu lawatan kerja pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang ke Taman Negeri Rompin telah diadakan bagi melihat keunikan khazanah alam yang terdapat di sini. Taman Negeri ini telah pun dibuka kepada orang awam untuk lawatan. Ambil peluang ini bersama keluarga untuk melihat keindahan alam semula jadi disini. Jutaan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di atas kerjasama yang diberikan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang #tamannegerirompin

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan