Penerangan
Unit Kenderaan Bermotor JAS WPKL telah menganjukan Ops Gerak Lembah Klang 2020 bersama JAS Negeri Selangor, PDRM, JPJ DBKL dan Lebuhraya KESAS bertempat di Plaza Tol Awan Besar dan Plaza Tol Barat, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), W.P Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020. Sidang Media Ops Gerak Lembah Klang 2020 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAS Malaysia, Puan Norlin Bin Jaafar bersama Pengarah Bahagian Udara Ibu Pejabat, Pengarah JAS WPKL, Pengarah JAS Negeri Selangor, wakil dari PDRM, JPJ, DBKL dan Lebuhraya KESAS.