Penerangan
Pada 15 Oktober 2020 Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff dan pegawai JAS Kluang telah meninjau lokasi kes pencemaran air Sungai Semberong yang menyebabkan loji rawatan air Semberong Timur ditutup sementara semalam. Turut hadir beberapa agensi lain iaitu SPAN, BAKAJ, MPOB dan PDRM.
Pihak kilang kelapa sawit yang disyaki menyebabkan pencemaran tersebut telah mengambil tindakan serta merta membaiki ban kolam efluen yang pecah dan akan menutup kolam-kolam efluen yang berisiko melimpahkan efluen ke alur air berdekatan. Lesen kilang akan digantung sehingga Jabatan berpuashati dengan tindakan pembaikan yang dilakukan.