PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) ke-12 secara virtual

DOE WP Putrajaya 21/10/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) ke-12 secara virtual
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
21/10/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Mesyuarat ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) 23 Julai 2020, Putrajaya - Delegasi Malaysia telah menghadiri Mesyuarat ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE) ke-12 secara virtual. Mesyuarat AWGEE ini merupakan satu kumpulan kerja di bawah naungan ASOEN (ASEAN Senior Officials On The Environment). Pengerusi bagi kumpulan kerja ini adalah Brunei Darussalam. AWGEE bertindak sebagai satu platform untuk menyelaras kerjasama dan aktiviti di antara negara- negara ASEAN untuk pembangunan lestari melalui pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education) serta penglibatan awam di rantau ASEAN. Di peringkat negara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi yang dilantik oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai National Focal Point dan National Contact Person bagi AWGEE Malaysia. Delegasi Malaysia ke AWGEE kali ke-12 kali ini telah diketuai oleh YBrs Puan Norlin Bt Jaafar (Ketua Pengarah Alam Sekitar) selaku National Focal Point 1 untuk AWGEE Malaysia. Ahli-ahli delegasi Malaysia juga terdiri dari YBrs Dr Norhazni Bt Mat Sari (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAS), Pn Hajah Dalilah Bt Haji Dali, dan En Azhar Bin Saran serta pegawai-pegawai seksyen berkaitan di Bahagian Komunikasi Strategik, JAS dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat, JAS. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #AWGEE

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan