PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) yang ke 18

DOE WP Putrajaya 21/10/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) yang ke 18
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
21/10/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan Mesyuarat ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) yang ke 18 secara maya pada 25 Jun 2020 pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Cempaka, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.
Seramai kira-kira 50 peserta mesyuarat ini telah dapat mendengar pembentangan dan bertukar pandangan berkenaan program-program dan projek yang sedang dirancang dan dilaksanakan di negara-negara ASEAN serta merangka halatuju pembangunan bandar lestari di wilayah ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha KASA yang telah dilantik untuk mewakili negara sebagai Pengerusi AWGESC untuk penggal 2019 – 2022. Semua National Focal Point (NFP) negara-negara ASEAN yang lain turut menyertai mesyuarat berkenaan termasuk rakan-rakan dialog/pembangunan iaitu daripada China, Korea Selatan, European Union (EU), Institute for Global Environmental Strategies (IGES) yang berpusat di Jepun, The Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) yang berpusat di Bonn, Jerman dan Adelphi (Berlin, Jerman). Pihak Sekretariat ASEAN telah turut membantu di dalam perjalanan mesyuarat ini bersama-sama sekretariat KASA dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). NFP yang mewakili Malaysia di dalam mesyuarat berkenaan ialah En. Yusmazy bin Md. Yusop, Timbalan Setiausaha Bahagian di Sektor Alam Sekitar, KASA dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan daripada JAS, iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Tn Hj. Shafe’ee bin Yasin. PlanMalaysia pula diwakili oleh YBrs. TPr Dr. Alias bin Rameli, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan serta wakil-wakil yang lain daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC). https://environment.asean.org/awgesc/

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan