PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Lawatan Kerja YB Menteri KASA Ke Lokasi Pencemaran di Port Dickson pada 13 Oktober 2020

DOE WP Putrajaya 19/10/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Lawatan Kerja YB Menteri KASA Ke Lokasi Pencemaran di Port Dickson pada 13 Oktober 2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
19/10/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Lawatan Kerja YB Menteri KASA Ke Lokasi Pencemaran di Port Dickson Port Dickson, 13 Oktober 2020 - YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) mengadakan lawatan kerja ke lokasi yang terkesan dengan pencemaran minyak yang dikesan sepanjang kira-kira dua (2) kilometer di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Tanjung Tuan, Melaka. Turut hadir YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar) KASA dan Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah JAS. JAS telah menjalankan pemeriksaan dan mengutip sampel di kawasan pantai yang tercemar termasuk di tengah laut. Sampel tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis dan penentuan ciri serta komposisi bahan buangan. JAS dan APMM juga telah melakukan rondaan laut dan pemantauan menggunakan dron bagi mengesan punca tumpahan minyak ini. Jawatankuasa Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Daerah (JTPPPD) Port Dickson dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah telah diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa berminyak akibat pencemaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Kerja-kerja pembersihan pantai ini akan diterajui oleh Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, JAS Negeri Sembilan dan JAS Melaka, Jabatan Laut Malaysia (JLM), APMM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)