Penerangan
Tarikh : 15 Oktober 2020 @ 9.15 am - 12.30 pm
Koordinat Lokasi : E103.492244 ; N1.933103
Pegawai Terlibat : PPKK Azliana Kasim, PPK Mohd Khairi Sudar
Catitan :
Pemantauan udara menggunakan drone dilakukan berikutan aduan pencemaran Sungai Sembrong Kiri yang diterima oleh JAS Cawangan Kluang. Pencemaran mengakibatkan air sungai bertukar warna menjadi kehitaman dan berbau busuk.
Hasil pemantauan melalui udara mendapati terdapat kesan pelepasan effluent berwarna hitam yang berkemungkinan akibat dari benteng kolam yang pecah. Aktiviti baikpulih benteng kolam sedang dijalankan untuk menghentikan pelepasan effluen ke sungai berhampiran. Maklumat telah dipanjangkan kepada Bahagian Operasi dan JAS Cawangan Kluang untuk tindakan seterusnya.