Penerangan
Tajuk : OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JAS NEGERI PERLIS BERSAMA KASTAM DIRAJA MALAYSIA PERLIS BIL.5
Tarikh : 23 September 2020
Tempat : Perlis
RINGKASAN : 24 September 2020, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Operasi Ops Gerak bersama-sama dengan Jabatan KASTAM DiRaja Malaysia di Km 26, Jalan Kuala Perlis - Changlun bermula jam 10.00 pagi.
Operasi ini telah melibatkan 6 anggota dari JAS Perlis dan 7 anggota dari Jabatan KASTAM. JAS Perlis telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel.
Sebanyak 48 kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan dan 17 buah kenderaan diuji. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.