Penerangan
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN AKTIVITI KERJA TANAH (OPS LUMPUR)
CAMERON HIGHLANDS, 14 OKTOBER 2020 – Satu Operasi bersepadu (OPS LUMPUR) bagi pemeriksaan kerja tanah bagi projek – projek pembangunan sekitar Cameron Highlands telah diadakan dengan diketuai oleh Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang Cawangan Cameron Highlands, En Mohamad Sharipudin b Abu Kassim dengan dibantu oleh seramai 20 anggota penguatkuasa dari Majlis Daerah Cameron Highlands, Jabatan Pengairan dan Saliran Cameron Highlands, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dan Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands. Operasi telah berakhir pada jam 1.00 petang.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#opslumpur