Penerangan
Tajuk : OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JAS NEGERI PERLIS BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) PADANG BESAR BIL.4
Tarikh : 23 September 2020
Tempat : Perlis
Ringkasan : 23 September 2020, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Gerak bersama-sama dengan PDRM Padang Besar di Km 14, Jalan Kangar - Padang Besar pada bermula jam 10.00 pagi.
Operasi ini telah melibatkan 7 anggota dari JAS Perlis dan 8 anggota dari PDRM Padang Besar, Kangar. JAS Perlis telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel.
Sebanyak 55 kenderaan diesel pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan dan 21 buah kenderaan diuji. Daripada jumlah yang diuji, dua (2) tawaran kompaun telah dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.