Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat sedang dalam usaha untuk mengurangkan impak alam sekitar akibat daripada aktiviti pelupusan haram melalui pemasangan alat GPS Tracking System ke atas kenderaan-kenderaan pengangkut buangan terjadual bagi seluruh Malaysia.
Mensyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya pada 14 Oktober 2020 di Bilik Anggerik, Aras 2 Bahagian Bahan Berbahaya,JAS Putrajaya. Mesyuarat telah dihadiri wakil pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Bahagian Pengangkutan JAS dan Bahagian Penilaian JAS.