Penerangan
2 Oktober 2020, Bangi
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah berjaya menganjurkan majlis penutupan untuk Program Kursus Asas Pegawai Baru Bagi Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 yang telah bermula mulai 21 September sehingga 2 Oktober 2020.
Majlis penutupan Program Kursus Asas Pegawai Baru tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia.
Dalam ucapan penutupan, Puan Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak EiMAS kerana telah berjaya menjalankan program dan seterusnya mencapai objektif program yang telah ditetapkan melalui pelbagai kaedah pembelajaran secara holistik termasuklah ceramah, pembelajaran di lapangan dan sesi lawatan luar.
Dalam majlis penutupan tersebut, Puan Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada 27 orang Pegawai Kawalan Alam
Sekitar Gred C41 dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29 yang hadir.
EiMAS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Puan Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia kerana hadir dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta Program Kursus Asas Pegawai Baru tersebut.