Penerangan
17 SEPTEMBER 2020, KHAMIS - Satu opersi bersepadu JSPT Polis Johor (PDRM) bersama JAS Negeri Johor telah diadakan pada hari ini di Plaza Tol Skudai Hala Selatan.
Sebanyak tiga tawaran kompaun dan enam notis arahan uji semula telah dikeluarkan oleh JAS Negeri Johor di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 di sempanjang operasi ini.
Had pelepasan asap yang dibenarkan dari paip ekzos kenderaan diesel yang sedang beroperasi di jalanraya adalah tidak melebihi 50 Unit Hartridge (HSU) atau dalam unit yang setara. Jika melepasi had yang telah ditetapkan tawaran kompaun sebanyak RM2,000 boleh dikenakan kepada pemilik kenderaan.
Turut hadir dalam operasi ini, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Tuan Haji Noor Mohd Emran Bin Amir.