Penerangan
Tajuk : Operasi OPS Gempur JAS Perlis Bil.3/2020
Tarikh : 11 hingga 13 Ogos 2020
Tempat : Perlis
Operasi Ops Gempur kali ini telah diadakan dari 11 hingga 13 Ogos 2020 ke atas premis-premis yang terletak di negeri Perlis. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai 6 orang yang dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 19 premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah Arahan Lapangan (19), Notis Arahan (8) dan Kompaun (14).
Diharapkan dengan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Ops ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.