Penerangan
Nama program : Program kesedaran selamatkan lapisan ozon sempena Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat Negeri Selangor
Tarikh : 23hb September 2020 (Rabu)
Lokasi : Hutan Rekreasi Sungai Tekala
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Rakan Strategik Alam Sekitar iaitu Kolej Profesional MARA, Beranang, Denso Malaysia Sdn. Bhd dan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd telah menjalankan aktiviti "plogging" sambil mendaki ke air terjun Sg Tekala sebagai salah satu aktiviti bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia, Negeri Selangor.