Penerangan
JAS Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Alam Sekitar Negara 2020 Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2020 di Bilik Mesyuarat Utama, pada 21 September 2020 bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.
Matlamat utama Mesyuarat Jawatankuasa Induk ini dijalankan adalah untuk :
1. Membuat keputusan asas dalam menetapkan bentuk program dan aktiviti yang akan dilaksanakan semasa majlis perasmian;
2. Mendapatkan komitmen daripada jabatan yang terlibat dalam perlaksanaan program yang berteraskan alam sekitar di Negeri Perak; dan
3. Menjadi platform untuk menyelesaikan sebarang isu yang tidak boleh diselesaikan di dalam jawatankuasa kerja.