Penerangan
21 September 2020, Bangi:
EiMAS telah menganjurkan program Kursus Asas Pegawai Baru Bagi Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 yang bermula pada 21 September sehingga 2 Oktober 2020.
Sebagai pembukaan program Kursus Asas Pegawai Baru tersebut satu majlis perasmian telah diadakan dan disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Zaleha binti Ibrahim, S.M.S., Pengarah EiMAS
Dalam majlis perasmian tersebut, Puan Pengarah EiMAS juga telah menyerahkan buku Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada kesemua pegawai baru yg hadir.
Antara objektif utama program Kursus Asas Pegawai Baru diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada AKAS 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.
Program Kursus Asas Pegawai Baru ini juga diharapkan dapat membentuk Pegawai Kawalan Alam Sekitar yang berintegriti dan memupuk semangat kerja berpasukan ketika menjalankan tugas di pejabat Jabatan Alam Sekitar masing-masing kelak.