PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Penahanan Operasi Kelengkapan Kilang Kitar Semula Sisa Plastik Melaka Pada 18 September 2020 Oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.

DOE Melaka 24/09/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Penahanan Operasi Kelengkapan Kilang Kitar Semula Sisa Plastik Melaka Pada 18 September 2020 Oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
24/09/2020
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

Penahanan Operasi Kelengkapan Kilang Kitar Semula Sisa Plastik Melaka Pada 18 September 2020 Oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Pasukan penguatkuasa JAS Melaka telah menjalankan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1) (a) ke atas satu kilang kitar semula sisa plastik di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai yang telah beroperasi tanpa kelulusan Laporan EIA dan pemasangan cerobong dan pembinaan sistem pengolahan efluen tanpa pemberitahuan bertulis. Sebanyak empat (4) unit mesin unit extruder dan empat (4) mesin crusher berserta pencuci plastik telah disita bagi menghentikan proses pelletizer yang menghasilkan pencemaran ke udara dan basuhan plastik (efluen) yang dilepaskan ke longkang awam tanpa rawatan yang sepatutnya. Dalam pada itu, JAS Melaka akan sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap premis yang melakukan pencemaran alam sekitar. JAS Melaka juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengeluarkan Notis Arahan, Kompaun dan Tindakan Mahkamah bagi premis-premis yang masih gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Jabatan Alam Sekitar memberi amaran keras kepada pengusaha premis supaya  tidak memandang enteng ke atas  amaran yang telah diberikan dan sentiasa mematuhi kesemua peraturan yang tertakluk di bawah AKAS 1974.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan