Penerangan
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2020
MASA : 2.30 petang
LOKASI : Bilik Mesyuarat Anggerik, Aras 2, Jabatan Alam Sekitar, Ibupejabat Presint 4, Putrajaya
PERINCIAN : Digital Durian merupakan syarikat animasi di Malaysia yang menghasilkan video-video animasi kanak-kanak Oma Hanna dan Didi And Friend. Jabatan Alam Sekitar, Bahagian Bahan Berbahaya telah mengadakan mesyuarat bersama Digital Durian bagi membincangkan cadangan penyediaan video animasi dan lagu berkaitan E-waste. Pihak Digital Durian telah membentangkan cadangan story board termasuk pilihan lagu yang bersesuaian. Video animasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan pengurusan ewaste secara mesra alam di kalangan kanak-kanak.